NADI X ENTERPRENEUR_PRENEUR _LIVE WEBINAR 6 (PERANCANGAN KEWANGAN)
12 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2026, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR_PRENEUR _LIVE WEBINAR 6 (PERANCANGAN KEWANGAN). Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan menenai tanpa rekod kewangan iaitu keputusan yang dibuat ikut RASA dan dengan rekod kewangan keputusan dibuat ikut FAKTA. Selain itu, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan sebab usahawan perlu fahami kewangan bisness iaitu asingkan duit, hentikan ketirisan, perancangan hadapan, persediaan berkembang dan faham untung sebenar. Antara lain, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan tanda-tanda bahaya aliran tunai iaitu selalu terpaksa pinjam duit semata-mata untuk beli stok, akaun bank syarikat sentiasa hampir kosong, kerap lewat bayar sewa premis atau gaji pekerja dan takut dan tidak berani buat keputusan besar untuk bisnes. Akhir sekali, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan mengenai apa yang akan berlaku jika kos tidak dikawal iaitu harga jualan rendah, promosi makan diri dan langkah terlalu awal.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Perancangan Kewangan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: